Telah lama hasrat nurani ini mahu memaparkan khasiat dan fadhilat Zikir Asma Al-Husna sebagai ingatan kepada diri sendiri juga semua saudaraku yang meninjau ke laman mindaMaimun yang dipetik dari TAFSIR SUFI dan FADHILAT 99 ASMA'UL-HUSNA oleh IMAM AL-QUSYAIRI dan susunan oleh UST. HJ. MOHAMED UST. HJ. ALI.
Al-Asma'ul Husna ialah nama-nama yang maha indah dari Allah SWT. Nama-nama itu berjumlah 99 buah yang sekaligus juga menunjukkan sifat-sifat Allah SWT yang Maha Sempurna.
Zikir Al-Asma'ul Husna dimasyhurkan memiliki daya luar biasa dan menzikirkan masing-masing Asma dalam bilangan tertentu akan memberikan fadhilat (manfaat) tertentu.
Diantaranya dan nikmatilah :
YA RAHMAN = bermaksud Yang Maha Pemurah. Berzikir sebanyak 500 kali setelah selesai solat lima waktu akan menuntun kita bersifat kasih sayang dan pemurah. Insyaallah dengan demikian atas izin Allah, hati akan menjadi tenang dan tidak pelupa.
YA-RAHIIM = bermaksud Yang Maha Pengasih. Dengan mewiridkan Ya-Rahiim sebanyak 100 kali setiap hari, maka orang lain akan menyayangi dan memberi kemudahan kepada kita atas izin Allah SWT.
YA-MALIK = bermaksud Raja Yang Maha Berkuasa. Berzikir sebanyak 121 kali setiap pagi atau setelah tergelincir matahari, maka dengan izin Allah kita akan sentiasa dihargai orang secara wajar serta hidup berkecukupan.
AL-QUDDUS = bermaksud Yang Maha Suci. Bila kita membaca lafaz Ya-Quddus sebanyak 100 kali setiap hari setelah tergelincir matahari, insyaallah hati kita bersih dan suci dari rasa sombong, serakah, iri hati, dengki dan sebagainya.
AS-SALAAM = bermaksud Yang Maha Sejahtera. Membacanya 136 kali setiap hari, insyaallah penyakit-penyakit yang kita deritai akan sembuh. Demikian pula bila kita mengunjungi orang sakit dan membaca Ya-Salaam sebanyak 136 kali, insyaallah akan membantu kesembuhannya.
YA-MUKMIN = bermaksud Yang Mengurniakan Keamanan. Jika kita mengharapkan agar diri kita, keluarga dan harta benda kita aman dari segala gangguan, maka bacalah lafaz Ya-Mukmin setiap hari sebanyak 136 kali. Dengan memahami dan menghayati Asma' ini, kita diharapkan mendidik diri sendiri serta berusaha menyelamatkan diri dan lingkungan dari perbuatan-perbuatan jahat.
AL-MUHAYMIN = bermaksud Yang Maha Memelihara. Segala gerak-geri kita sentiasa mendapat pengawasan Allah SWT. Dengan banyaknya menyebut Ya-Muhaymin kita sentiasa ada dalam pemeliharanNya, hati menjadi bersih dan terang.
YA-AZIZ = bermaksud Yang Maha Perkasa. Sesiapa yang membaca Ya-Aziz 40 kali setiap selesai solat subuh selama 40 hari, insyaallah akan sentiasa mendapat pertolongan Allah dan kehidupannya.
YA-JABBAR = bermaksud Yang KehendakNya Tidak Dapat Diingkari. Apabila membaca Ya-Jabbar sebanyak 226 kali setiap pagi dan petang, maka insyaallah orang-orang yang memusuhi kita tidak berdaya terhadap kita serta mereka akan tunduk kepada kita dengan pertolongan Allah SWT.
YA-MUTAKABBIR = bermaksud Yang Memiliki Kebesaran. Mereka yang banyak membaca Ya-Mutakabbir akan digeruni dari musuh- musuh mereka. Juga bila dibaca sewaktu akan melakukan jimak antara suami-isteri, dengan izin Allah isterinya mengandung, ia akan dikurniakan anak yang soleh atau solehah.
YA-KHALIQ = bermaksud Yang Maha Pencipta. Jika kita kehilangan barang atau anggota keluarga yang pergi tanpa izin, bacalah Asma' ini sebanyak 5,000 kali, maka dengan izin Allah masalah itu dapat diatasi.
YA-BAARI' = bermaksud Yang Melepaskan. Bila kita dalam keadaan sulit atau sedang dalam sakit, bacalah Ya-Baari' sebanyak 100 kali, insyaallah dengan izin Allah akan terlepas dari kesulitan itu.
YA-GHAFFAR = bermaksud Yang Maha Pengampun. Berzikir sebanyak 100 kali sambil menunggu datangnya solat jumaat di dalam masjid, insyaallah segala dosa yang terdahulu akan mendapat pengampunan allah SWT.
YA-QAHHAR = bermaksud Yang Maha Perkasa. Mereka yang menyebut Asma' ini sebanyak-banyaknya setiap malam terus menerus akan mendapat ketenangan batin, terlepas dari kesukaran hidup serta terhindar dari perbuatan maksiat, insyaallah.
YA RAZZAQ = bemaksud Yang Maha Pemberi Rezeki. Mereka yang menyebut Asma' ini sebanyak-banyaknya, insyaallah akan sentiasa dikurnia rezeki yang berkecukupan.
YA-FATTAH = bermaksud Yang Maha Membuka (Rahmat). Allah SWT akan membukakan hati dan fikiran kita serta memberi kemudahan dalam menghadapi berbagai masalah kehidupan, jika kita menyebut Asma' ini sebanyak-banyaknya setiap hari selesai solat Subuh. Amin.
YA-ALIM = bermaksud Yang Maha Mengetahui. Dengan izin Allah SWT mereka yang berzikir Ya-alim sebanyak 100 kali setiap selesai solat 5 waktu akan dikurniakan ilmu makrifat yang sempurna.
YA-BAASIT = bermaksud Yang Maha Melapangkan. Mereka yang berzikir Ya-Baasit sebanyak 10 kali setiap selesai solat Dhuha akan dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah serta sentiasa ditambahi Allah ilmunya.
AL-KHAAFID = bermaksud Yang Perendah Diri. Mereka yang menyebut Asma' ini sebanyak 500 kali dengan hati yang khusyuk dan tawadhuk akan terlindung dari perbuatan jahat yang ditujukan pada dirinya.
AL-RAAFI' = bermaksud Yang Meninggikan. Allah SWT akan meninggikan martabat, menjadikan kehidupan yang berhasil jika kita sentiasa berzikir Ya-Raafi' sebanyak 100 kalo setiap hari, insyaallah.
YA-BASIR = bermaksud Yang Maha Melihat. Allah SWT akan membuka fikiran dan hati serta meninggikan kedudukan serta kehormatan mereka yang membaca Ya-Basir sebanyak 100 kali sebelum solat jumaat, insyaallah.
YA-KHABIR = bermaksud Yang Maha Waspada. Mereka yang berzikir Ya-Khabir sebanyak mungkin akan terhindar dari perbuatan zalim serta akan diperbaiki sifat dan kebiasaan mereka yang buruk, insyaallah.
YA-LATHIF = bermaksud Yang Maha Lemah Lembut. Allah SWT akan mengkabulkan permohonan hamba-hambaNya yang berzikir Ya-Lathif sebanyak 100 kali setelah selesai solat sunat.
YA-HALIM = bermaksud Yang Maha Penyantun. Mereka yang berzikir Ya-Halim sebanyak mungkin setiap hari setelah solat 5 waktu dengan izin allah akan terhindar dari bencana alam serta dikukuhkan kedudukannya dalam masyarakat.
YA-'AZIM = bermaksud Yang Maha Agung. Mereka yang berzikir Ya-Azim sebanyak-banyaknya setiap hari akan sentiasa dihormati dan dimuliakan serta akan dilimpahkan kurnia yang berpanjangan, dengan izin allah.
Akan ada sambungannya, sila ikuti di mindaMaimun berikutnya......