Pages

Thursday, April 22, 2010

ZURIAT

Banyak perumpamaan peninggalan orang-orang tua lama mengenai zuriat atau keturunan yang diterjemahkan untuk ingatan dan panduan generasi akan datang. Jangan hanya membaca sambil lalu sahaja tetapi ambil dan simpan di buana minda sebagai ingatan dan panduan kita memproses juga mengembangkan zuriat atau keturunan kita yang berterusan sehingga hayat dunia tamat dan kembali beraksi di alam barzakh kelak.

Duhai, cuba selami yang tersurat dan tersirat, antaranya :

"bapa borek anak rintik"

"bagaimana cetak begitulah acuannya"

"bagai ketam mengajar anak berjalan lurus"

Oleh yang demikian, jika mahukan zuriat yang mulia maka induk nya mestilah mulia juga. Kekuatan iman dan kecantikan akhlak pada induk adalah jaminan bagi kelahiran ranting yang kukuh.

Begitu juga jika mahu mengambil anak angkat, maka selidiki dahulu latar belakang induknya, keturunann induknya, agama induknya. Agar tidak berlaku kekecewaan dan keaiban dimasa depan.

Kata orang, bayi umpama kain putih, terpulang kepada penjaga bagaimana mencorakkannya. Tapi, berdasarkan pengalaman yang dilalui, kata orang itu adalah tidak benar. Dari bayi hingga 12 tahun memang boleh letak dalam laluan yang kita kehendaki, tapi apabila menginjak usia 13 tahun, nah! bermulalah episod diri sebenar. He or she will go to their personality. He or she will follow their personality. That is it. That time come, we have to be realistic. Terimalah kenyataan. Jika dari keturunan yang baik, baiklah yang kita kecapi. Jika sebaliknya, maka celakalah yang diperolehi. Fikir-fikir dengan matang dan cermat agar tidak tersilap membina institusi keluarga. Kerana yang baik dan buruk itulah yang akan diwariskan kepada waris dan zuriat akan datang.

Hujahan ini bukan ciptaan. Bukan juga sekadar melihat sekeliling. Tapi, adalah pengalaman yang dilalui sendiri. Oleh itu, hamba tidak mahu tuan-tuan hamba diluar sana lalui episod kelabu yang sama. Bak kata Nabil Raja Lawak, Lu fikir la sendiri!







No comments:

Post a Comment