Pages

Thursday, December 16, 2010

kongsi ilmu : KISAH RAHSIA DISEBALIK SOLAT FARDHU

KISAH RAHSIA DISEBALIK SOLAT FARDHU

Rasullullah S.A.W bersabda: 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan.

Sembahyang Zuhur : pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya
wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.

Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana
Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.

Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.

Sabda Rasullullah S.A.W.: Sembahyang Isya' : Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari
terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.

Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya: Sembahyang Subuh : seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan iaitu:
• Dibebaskan dari api neraka.
• Dibebaskan dari nifaq (sifat munafik).

-dipetik dari : artikel-dakwah.pdf-

Wednesday, September 1, 2010

KEADILAN

"jika kita bersabar atas dugaan yang diberikan, insyaallah God will grant something good to us". Memang benar ungkapan tersebut. it's proved and happened to me. Bukanlah mahu bersorak atas apa yang telah ditunjukkan oleh Allah, tapi sekadar muhasabah diri sendiri. Menginsafi atas segala yang berlaku di akhir zaman ini... -siapa buat dia dapat. -zaman ni buatlah apa saja, bayarannya adalah tunai. Jika hari ini, lempar batu sembunyi tangan, tanpa dipinta esok, lusa atau tulat akan terserlah siapa pelempar batu itu. Hemmmmm..... benar-benar menakutkan aku utk berbuat sesuatu yang tidak direstui oleh dunia mahupun akhirat. Semoga Allah meningkatkan tahap keimanan ku untuk mengharungi nilai kehidupan global yang semakin konflik.

Segala kenangan pilu yang dititipkan kepada ku sering saja melintasi fikiran ini. Sebagai insan kamil yang bukan ahli sufi, tidak dinafikan bahawa api kemarahan sentiasa marak di jiwa kala kenangan pilu itu menerjah benak ku. Syukurlah bahawa kematangan mampu mengawal emosi. Maka aku terhindar dari bahang api kemarahan dan segalanya dirasionalkan oleh salju iman yang bertahta dihati.

Sesungguhnya, kesabaran membawa berkat. Doa orang yang teraniaya dimakbulkan. Memang.... ditunjukkan balasan atas kesabaran yang aku harungi selama ini. Terima kasih Allah.

sambungan kesah : HUTANG

Ingat lagi cerita HUTANG yang dialami oleh cik banker pada jun 2009 mengenai sepasang suami isteri telah ditangkap polis dan ditahan di lokap Slim River kerana kesalahan jenayah dadah syabu.

Mei 2010, cik banker jumpa penjenayah lelaki itu dan bertanyakan hutangnya berjumlah RM2,000 yang belum dilangsaikan lagi. Tahu apa jawapannya?..... Dengan selamba dan tiada perasaan malu, penjenayah lelaki itu berkata : "lum boleh bayar lagi la. banyak benda nak settle. nak bayar rumah, kereta, makan anak bini lagi. nantilah, jika ada duit saya bayarlah" dan dia terus belah tinggalkan cik banker. Haaaaaa terlopong mulut cik banker!!!!!! Tak terkata apa. Fuhhhhhh sakit jiwa layan manusia durjana seperti itu!.

Apa nak kata.......

KASIHAN EMBUN!

Embun menyimpan banyak kesah lara dalam mengharungi kehidupannya. Namun, Embun merupakan seorang yang tabah....hingga kehari ini Embun mampu bertahan dan berjaya mempertahankan haknya.

17/8/2010 : Wanita yang telah memporak-perandakan kehidupan Embun menghadapi konflikasi bersalin iaitu urinya kebawah. Banyak yang telah diserlahkan atau secara kebetulan berlaku, Embun menganggap apa yang telah berlaku pada wanita itu adalah pulangan terhadap kerja jahatnya terhadap Embun. Bukan Embun mahu mendabik dada atau bertepuk tangan atau bersorak, tapi itu adalah kenyataan.... Dialam fana kini, segalanya dibayar dengan tunai dan cepat. Subhanallah!.

Menurut kata doktor, jika pendarahan wanita tersebut tidak berhenti, rahimnya terpaksa dibuang demi keselamatan nyawanya. Bila dengar saja berita itu, Embun teringat akan ungkapan hina-dista yang ditujukan oleh wanita itu kepada Embun pada tahun 2005 :
"kau tu betina mandol. kau tak boleh bagi anak pada laki kau.
aku saja yang boleh bagi anak pada dia. aku boleh beranak,
bukan macam kau betina mandol"

Wanita itu tujukan kata-kata hina tersebut dirumah Embun sendiri waktu hari pertama Hari Raya Haji jam 10:30 pagi disaksikan oleh anak dan sepupu Embun sendiri. Embun terkasima dan menggigil badannya menahan kemarahan. Dalam hati Embun menjerit, mengapa wanita tersebut yang ketika itu berumur 17 tahun bijak memaki hina Embun yang ketika itu berusia 40 tahun? Embun bukannya mandol, Embun tidak dapat melahirkan anak kandungnya kerana telah 3 kali mengalami keguguran (Rahim tidak kuat). Bagai lava gunung berapi bergolak panasnya emosi Embun. Tapi, Embun berjaya mengawal nafsu kemarahannya. Embun hanya menangis!. Kasihan Embun! Tapi Embun terima hakikat kerana walau wanita tersebut baru berusia 17 tahun, dia telah menggugurkan kandungan hasil dari hubungan terlarang. Wanita tersebut memang hebat!.

Justru, jika rahim wanita itu dibuang, ada bagusnya, kerana dia tidak boleh hamil lagi dan seperti mandol juga selepas kelahiran anak keduanya itu. Semasa melawatnya di hospital selayang, Embun lihat wanita tersebut bimbang jika rahimnya dibuang. Dalam hati Embun berbisik : hemmmm tahu la kamu rasanya bila dikata orang kamu tak boleh beranak lagi. Rahimnya dibuang. Tahu la kamu pedihnya jiwa dihina seperti itu.

Esoknya, pendarahan rahim wanita tersebut berhenti dan rahimnya tidak jadi dibuang. Tapi wanita tersebut tidak boleh hamil dalam tempoh yang panjang juga. Embun rasa kecewa juga. Tapi cepat-cepat Embun merasionalkan semua perkara agar tidak tersasar iman didada. Ketahuilah wahai wanita tersebut, sesungguhnya Allah memberi kamu peluang dan ruang.

Lihat lah nanti apa cerita kamu selanjutnya......

Friday, May 21, 2010

TALAM 2 MUKA

Keliru…. Bercelaru.... Bingung…. Marah…. Benci…. Geram…. segala perasaan itu bagai pakej bertahta disanubari jika hidup bersama sang Talam Dua Muka atau sang Bermuka-Muka atau sang Split Personality atau apa saja gelaran dan bidalan yang seumpamanya.

Sang talam dua muka boleh ditakrifkan sebagai aktiviti senilakon yang hebat kerana manusia talam dua muka mampu melakonkan apa saja watak yang diberikan kepadanya. Manusia talam dua muka sangat licik, berpura-pura, munafik, pengkhianat!

Yang berhadapan dengan manusia seperti itu mestilah berhati-hati, berwaspada dan awas!!!!

Apabila berlaku pertentangan nilai dengan sang talam dua muka, kita yang tidak sekategori dengannya pasti payah untuk menang dalam perdebatan kerana beliau sangat bijak memainkan watak reptilia bernama sesumpah yang ada dalam dirinya. Oleh itu anda mesti bijak menangani sikap manusia seperti ini!

Berwaspada jika mahu jadikan sang talam dua muka sebagai pendengar setia terhadap permasalahan anda kerana pasti kita akan dikhianati. Sang talam dua muka mengamalkan sikap : depan manis perhatiannya, pabila pusing belakang..... sudah tukarrrr jadi ular berbisa. Awas dengan manusia seperti ini!

Berfikirlah beribu kali jika berhasrat mengangkat sang talam dua muka sebagai sahabat atau saudara. Punah jiwa raga apabila dikhianati. Perasaan meruntun kesedihan apabila ada gunting dalam lipatan. Naluri tidak tenteram apabila harapkan pagar, pagar makan padi. Hati amat kecewa apabila ada kejadian lempar batu sembunyi tangan.

Hahhh!!!! Itu lah yang aku alami selama ini. A_ _ _ _ A_ _ _ _....... sesak, senak jiwa ini kau kerjakan.

Wednesday, May 19, 2010

HUTANG

Begini kesahnya…….

Jun 2009, sepasang suami isteri telah ditangkap polis dan ditahan di lokap Slim River kerana kesalahan jenayah dadah syabu.

Maka kelam-kelibut emak bapa pasangan suami isteri tersebut mencari banker untuk meminjam duit berjumlah RM2,000 sebagai duit jaminan agar pasangan suami isteri tersebut boleh keluar lokap sementara menunggu perbicaraan. Pasangan suami isteri tersebut telah bersantai dilokap selama 4 hari 3 malam semasa emak bapanya sibuk meminjam duit jaminan. Mentelah lagi anak pasangan isteri tersebut masih bayi 30 hari umurnya. Hemmmm hebat pasangan suami isteri tersebut!.

Cari punya cari, punya cari, punya cari…… ditakdirkan emak bapa pasangan jenayah dadah tersebut bertemu dengan banker yang dimaksudkan. Apa lagi........ ayat baik punya diberikan kepada banker berkenaan. Janji manis ayat yang keluar dari bibir emak bapa pasangan jenayah tersebut mengalahkan manisnya gula. Katanya sebelum banker pergi ke Mekah pada November 2009, hutang RM2,000 pasti dilangsaikan kerana banker berkenaan keluarkan duit dari akaun Tabung Hajinya. Rayuan sukma emak bapa pasangan jenayah tersebut sangat hebat hingga mempersonakan banker berkenaan. Memang banker berkenaan terpesona dengan manisnya racun ayat janji rayu dari emak bapa pasangan jenayah tersebut hingga sanggup mengeluarkan duit perbelanjaan ke Mekah untuk membiayai wang jaminan kes jenayah dadah syabu pasangan suami isteri tersebut. Maklum, kononnya hutang RM2,000 itu pasti dilangsaikan sebelum banker ke Mekah.

Apabila wang jaminan keluar lokap dijelaskan maka pasangan jenayah suami isteri tersebut dikeluarkan dari lokap. Pasangan jenayah ini : suaminya kerja di kilang pasir membancuh simen dan isterinya adalah surirumah.

Kaedah pembayaran yang dijanjikan : Kata emak sang penjenayah lelaki – dia ni gajinya 2 kali sebulan, maka sekali gaji akan jelaskan hutang berjumlah RM250.00 x 2 kali gaji = RM500.00. Jika sebulan bayar RM500.00, maka 4 bulan langsailah hutang tersebut. Senang hati cik banker!!!!

Julai 2009 dibayarlah RM250.00 kepada banker. Janji bayar 2 kali sebulan, tapi harammmm.... bayar sekali saja.

Ogos 2009 bayar RM200.00 saja, kata emak sang penjenayah lelaki – alahai cik banker, bulan ni dapat bayar RM200.00 je, tak cukup duit. Terkasima cik banker dengarkan alasan emak sang penjenayah lelaki itu, berpinar otak banker, banyak simbol ?????????? berlegar dalam otak banker. Semasa proses meminjam, bukan main hebat janji manisnya, pujuk rayunya, bila dapat duit, lesap segala janji manis itu. Hemmm cik banker dah terasa macam kena main je ni.....

September 2009 bayar lagi RM200.00. Pembayaran kali ini sang penjenayah lelaki suruh isterinya (yang juga penjenayah dadah syabu) beri kepada banker. Haaaaa kuat rasa naluri cik banker bahawa macam nak kena kelentong je ni!.... Cik banker terima bayaran tersebut dan tanya kepada penjenayah wanita – kenapa bayarannya sedikit, tidak seperti yang dijanjikan? Jika begini, tak habislah hutangnya hingga cik banker ke Mekah!. Jawap penjenayah wanita itu – entah, tak tahu. Nak lebih mintak lah sendiri pada sang penjenayah lelaki!.... Haaaa?????? Terkejut beruk cik banker dengar jawapan ganas dari penjenayah wanita itu. Sudah tukar kaaaa???? Seperti cik banker yang berhutang pulak!!!

Oktober 2009 begitu juga, bayar RM200.00. Tapi waktu itu cik banker tak ambil peduli sangat hal bayaran hutang tersebut kerana cik banker sibuk dengan persiapan untuk ke Mekah pada 20 November 2009.

Nobember dan Disember 2009, cik banker ke Mekah, maka tiada bayaran dilakukan.

Januari 2010, cik banker hantar sms kepada sang penjenayah lelaki, tanya mengenai bayaran hutangnya RM2000.00 yang belum sempurna pembayarannya. Malang cik banker kerana sms tidak di layan.

Februari 2010, cik banker hantar sms lagi kepada sang penjenayah lelaki itu bertanyakan tentang pembayaran hutang. Tiada juga jawapan. Hey gerammmmnya, dia buat bodoh je! Tapi pada 15 februari 2010 dia jelaskan RM100.00. Itu pun setelah cik banker sms no akaun bank Bank Rakyat untuk memudahkan kaedah menjelaskan hutang. Bank-in saja, tak perlulah datang kerumah.

Mac 2010, pada 18 Mac, cik banker periksa akaun adalah bayaran sebanyak RM50.00.

April 2010 langsung tiada bayaran.


Mei 2010 , kala kisah ini dicoretkan pun langsung tiada bayaran. Terfkir juga, adakah cik banker sudah kena tipu????? Haaaaa adakah cik banker sudah kena main dengan itu family penjenayah?????? Hemmm mungkin juga sudah kena.... LU KENA BEB!!!??? Hey.... pusing migrain kepala hotak cik banker memikirkan hal ini. Dah hantar sms, tapi mereka buat bodoh saja...........

Kepada pengunjung www.mindaMaimun.blogspot.com, berilah pendapat agar cik banker dapat jalan untuk mendesak family penjenayah tersebut melangsaikan hutangnya.

Kesian cik banker, bantulah cik banker.

Cik banker jerit : TOLONG!!? TOLONG!! TOLONG!!

Thursday, May 13, 2010

BUSANA MUSLIMAH

Tergerak naluri saya untuk mentintakan bicara mengenai busana yang menyaluti tubuh wanita muslimah yang mematuhi syarak. Kala bicara ini ditintakan saya juga mengingatkan diri saya agar tidak tersasar dari panduan syarak dalam menangani busana fesyen seharian.

Sebagai wanita sudah pasti amat teruja dengan pergerakan hangat buana fesyen yang sentiasa berubah selaras dengan tema, warna, musim, figura dan seumpamanya.

Sebahagian idea bicara ini dipetik dari artikel blog Jejak Serikandi sebagai perkongsian bersama untuk mencari kebenaran tentang perkara yang hak dan perkara yang batil. Sama-sama kita hayati dan saling memberi pendapat serta betul-membetulkan dilaman http//:mindaMaimun.blogspot.com. Dengan itu tuan hamba sekalian dipersilakan.

Besar kesedaran dikalangan wanita muslimah untuk menutup keindahan aurat dan figura yang Allah cipta kurniakan kepada wanita. Hanya konsep busana menurut syarak yang kurang difahami, tidak dituruti dan tidak dipraktiskan secara total - Sekadar pendapat dari lensa mata hati saya.

Termaktub dalam peraturan Islam bahawa konsep busana wanita yang mengikut syarak adalah busana longgar dengan warna yang pastel (tidak meriah berwarna warni) serta menutup seluruh figura dari kepala hingga ke kaki.

Wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan figura dikhalayak umum. Mereka masih boleh tampil bersosial dikhalayak masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Sejak kebelakangan ini, busana menurut Islam telah tersasar dari hukum syarak. Fesyen busana menurut Islam dipesongkan dengan berbagai perkembangan fesyen yang mampu menarik perhatian kaum Adam terhadap busana yang dilabelkan busana muslimah. Islam tidak menghalang kaum Hawa berfesyen tetapi wajib mematuhi garisan yang telah ditetapkan Islam. Sebagaimana yang dinyatakan : "sesungguhnya Allah suka kepada perkara yang cantik dan kemas".

Ada dikalangan wanita Islam hanya meletakkan auratnya kepada kepala dan rambut sahaja. Sebagai contoh : kepala dan rambut disaluti tudung tetapi lengannya terbuka, figuranya jelas terbentuk disebalik busana sendat atau belahan kain ketatnya hingga mempamerkan kegebuan betis dan paha. Tudung pula berwarna terang kilat berkilau sehingga menarik perhatian pandangan orang lain.

Bagi wanita yang menjaga auratnya dengan berpakaian mengikut ketetapan Islam maka ia telah menjaga dirinya dari fitnah pandangan kaum Adam yang bukan mahram,. Bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya malah maruah kaum Hawa mukmin keseluruhannya.

Harga diri wanita terlalu mahal! Percayalah dengan kesempurnaan berbusana mampu menghindarkan diri dari perbuatan jahat, keji juga mungkar. Wanita perlu mengambil berat akan permasalahan ini kerana amat bimbang akan diri menjadi mangsa kepada kejahatan yang tidak diingini.

Berfesyenlah seperti yang dikehendaki oleh Islam. Usah gadaikan diri kelembah dosa dan noda disebabkan fesyen yang tidak mengikut syariat Islam. Jadilah wanita solehah dengan berbusana dan berakhlak mulia. Sesungguhnya kaum Hawa akan dipelihara Allah sepertimana serikandi Islam iaitu Saidatina A'isyah, Saidatina Khadijah, Maryam ibu Nabi Isa juga Rabiatul Adawiyah.