Keliru…. Bercelaru.... Bingung…. Marah…. Benci…. Geram…. segala perasaan itu bagai pakej bertahta disanubari jika hidup bersama sang Talam Dua Muka atau sang Bermuka-Muka atau sang Split Personality atau apa saja gelaran dan bidalan yang seumpamanya.
Sang talam dua muka boleh ditakrifkan sebagai aktiviti senilakon yang hebat kerana manusia talam dua muka mampu melakonkan apa saja watak yang diberikan kepadanya. Manusia talam dua muka sangat licik, berpura-pura, munafik, pengkhianat!
Yang berhadapan dengan manusia seperti itu mestilah berhati-hati, berwaspada dan awas!!!!
Apabila berlaku pertentangan nilai dengan sang talam dua muka, kita yang tidak sekategori dengannya pasti payah untuk menang dalam perdebatan kerana beliau sangat bijak memainkan watak reptilia bernama sesumpah yang ada dalam dirinya. Oleh itu anda mesti bijak menangani sikap manusia seperti ini!
Berwaspada jika mahu jadikan sang talam dua muka sebagai pendengar setia terhadap permasalahan anda kerana pasti kita akan dikhianati. Sang talam dua muka mengamalkan sikap : depan manis perhatiannya, pabila pusing belakang..... sudah tukarrrr jadi ular berbisa. Awas dengan manusia seperti ini!
Berfikirlah beribu kali jika berhasrat mengangkat sang talam dua muka sebagai sahabat atau saudara. Punah jiwa raga apabila dikhianati. Perasaan meruntun kesedihan apabila ada gunting dalam lipatan. Naluri tidak tenteram apabila harapkan pagar, pagar makan padi. Hati amat kecewa apabila ada kejadian lempar batu sembunyi tangan.
Hahhh!!!! Itu lah yang aku alami selama ini. A_ _ _ _ A_ _ _ _....... sesak, senak jiwa ini kau kerjakan.
Friday, May 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment