Pages

Friday, May 21, 2010

TALAM 2 MUKA

Keliru…. Bercelaru.... Bingung…. Marah…. Benci…. Geram…. segala perasaan itu bagai pakej bertahta disanubari jika hidup bersama sang Talam Dua Muka atau sang Bermuka-Muka atau sang Split Personality atau apa saja gelaran dan bidalan yang seumpamanya.

Sang talam dua muka boleh ditakrifkan sebagai aktiviti senilakon yang hebat kerana manusia talam dua muka mampu melakonkan apa saja watak yang diberikan kepadanya. Manusia talam dua muka sangat licik, berpura-pura, munafik, pengkhianat!

Yang berhadapan dengan manusia seperti itu mestilah berhati-hati, berwaspada dan awas!!!!

Apabila berlaku pertentangan nilai dengan sang talam dua muka, kita yang tidak sekategori dengannya pasti payah untuk menang dalam perdebatan kerana beliau sangat bijak memainkan watak reptilia bernama sesumpah yang ada dalam dirinya. Oleh itu anda mesti bijak menangani sikap manusia seperti ini!

Berwaspada jika mahu jadikan sang talam dua muka sebagai pendengar setia terhadap permasalahan anda kerana pasti kita akan dikhianati. Sang talam dua muka mengamalkan sikap : depan manis perhatiannya, pabila pusing belakang..... sudah tukarrrr jadi ular berbisa. Awas dengan manusia seperti ini!

Berfikirlah beribu kali jika berhasrat mengangkat sang talam dua muka sebagai sahabat atau saudara. Punah jiwa raga apabila dikhianati. Perasaan meruntun kesedihan apabila ada gunting dalam lipatan. Naluri tidak tenteram apabila harapkan pagar, pagar makan padi. Hati amat kecewa apabila ada kejadian lempar batu sembunyi tangan.

Hahhh!!!! Itu lah yang aku alami selama ini. A_ _ _ _ A_ _ _ _....... sesak, senak jiwa ini kau kerjakan.

Wednesday, May 19, 2010

HUTANG

Begini kesahnya…….

Jun 2009, sepasang suami isteri telah ditangkap polis dan ditahan di lokap Slim River kerana kesalahan jenayah dadah syabu.

Maka kelam-kelibut emak bapa pasangan suami isteri tersebut mencari banker untuk meminjam duit berjumlah RM2,000 sebagai duit jaminan agar pasangan suami isteri tersebut boleh keluar lokap sementara menunggu perbicaraan. Pasangan suami isteri tersebut telah bersantai dilokap selama 4 hari 3 malam semasa emak bapanya sibuk meminjam duit jaminan. Mentelah lagi anak pasangan isteri tersebut masih bayi 30 hari umurnya. Hemmmm hebat pasangan suami isteri tersebut!.

Cari punya cari, punya cari, punya cari…… ditakdirkan emak bapa pasangan jenayah dadah tersebut bertemu dengan banker yang dimaksudkan. Apa lagi........ ayat baik punya diberikan kepada banker berkenaan. Janji manis ayat yang keluar dari bibir emak bapa pasangan jenayah tersebut mengalahkan manisnya gula. Katanya sebelum banker pergi ke Mekah pada November 2009, hutang RM2,000 pasti dilangsaikan kerana banker berkenaan keluarkan duit dari akaun Tabung Hajinya. Rayuan sukma emak bapa pasangan jenayah tersebut sangat hebat hingga mempersonakan banker berkenaan. Memang banker berkenaan terpesona dengan manisnya racun ayat janji rayu dari emak bapa pasangan jenayah tersebut hingga sanggup mengeluarkan duit perbelanjaan ke Mekah untuk membiayai wang jaminan kes jenayah dadah syabu pasangan suami isteri tersebut. Maklum, kononnya hutang RM2,000 itu pasti dilangsaikan sebelum banker ke Mekah.

Apabila wang jaminan keluar lokap dijelaskan maka pasangan jenayah suami isteri tersebut dikeluarkan dari lokap. Pasangan jenayah ini : suaminya kerja di kilang pasir membancuh simen dan isterinya adalah surirumah.

Kaedah pembayaran yang dijanjikan : Kata emak sang penjenayah lelaki – dia ni gajinya 2 kali sebulan, maka sekali gaji akan jelaskan hutang berjumlah RM250.00 x 2 kali gaji = RM500.00. Jika sebulan bayar RM500.00, maka 4 bulan langsailah hutang tersebut. Senang hati cik banker!!!!

Julai 2009 dibayarlah RM250.00 kepada banker. Janji bayar 2 kali sebulan, tapi harammmm.... bayar sekali saja.

Ogos 2009 bayar RM200.00 saja, kata emak sang penjenayah lelaki – alahai cik banker, bulan ni dapat bayar RM200.00 je, tak cukup duit. Terkasima cik banker dengarkan alasan emak sang penjenayah lelaki itu, berpinar otak banker, banyak simbol ?????????? berlegar dalam otak banker. Semasa proses meminjam, bukan main hebat janji manisnya, pujuk rayunya, bila dapat duit, lesap segala janji manis itu. Hemmm cik banker dah terasa macam kena main je ni.....

September 2009 bayar lagi RM200.00. Pembayaran kali ini sang penjenayah lelaki suruh isterinya (yang juga penjenayah dadah syabu) beri kepada banker. Haaaaa kuat rasa naluri cik banker bahawa macam nak kena kelentong je ni!.... Cik banker terima bayaran tersebut dan tanya kepada penjenayah wanita – kenapa bayarannya sedikit, tidak seperti yang dijanjikan? Jika begini, tak habislah hutangnya hingga cik banker ke Mekah!. Jawap penjenayah wanita itu – entah, tak tahu. Nak lebih mintak lah sendiri pada sang penjenayah lelaki!.... Haaaa?????? Terkejut beruk cik banker dengar jawapan ganas dari penjenayah wanita itu. Sudah tukar kaaaa???? Seperti cik banker yang berhutang pulak!!!

Oktober 2009 begitu juga, bayar RM200.00. Tapi waktu itu cik banker tak ambil peduli sangat hal bayaran hutang tersebut kerana cik banker sibuk dengan persiapan untuk ke Mekah pada 20 November 2009.

Nobember dan Disember 2009, cik banker ke Mekah, maka tiada bayaran dilakukan.

Januari 2010, cik banker hantar sms kepada sang penjenayah lelaki, tanya mengenai bayaran hutangnya RM2000.00 yang belum sempurna pembayarannya. Malang cik banker kerana sms tidak di layan.

Februari 2010, cik banker hantar sms lagi kepada sang penjenayah lelaki itu bertanyakan tentang pembayaran hutang. Tiada juga jawapan. Hey gerammmmnya, dia buat bodoh je! Tapi pada 15 februari 2010 dia jelaskan RM100.00. Itu pun setelah cik banker sms no akaun bank Bank Rakyat untuk memudahkan kaedah menjelaskan hutang. Bank-in saja, tak perlulah datang kerumah.

Mac 2010, pada 18 Mac, cik banker periksa akaun adalah bayaran sebanyak RM50.00.

April 2010 langsung tiada bayaran.


Mei 2010 , kala kisah ini dicoretkan pun langsung tiada bayaran. Terfkir juga, adakah cik banker sudah kena tipu????? Haaaaa adakah cik banker sudah kena main dengan itu family penjenayah?????? Hemmm mungkin juga sudah kena.... LU KENA BEB!!!??? Hey.... pusing migrain kepala hotak cik banker memikirkan hal ini. Dah hantar sms, tapi mereka buat bodoh saja...........

Kepada pengunjung www.mindaMaimun.blogspot.com, berilah pendapat agar cik banker dapat jalan untuk mendesak family penjenayah tersebut melangsaikan hutangnya.

Kesian cik banker, bantulah cik banker.

Cik banker jerit : TOLONG!!? TOLONG!! TOLONG!!

Thursday, May 13, 2010

BUSANA MUSLIMAH

Tergerak naluri saya untuk mentintakan bicara mengenai busana yang menyaluti tubuh wanita muslimah yang mematuhi syarak. Kala bicara ini ditintakan saya juga mengingatkan diri saya agar tidak tersasar dari panduan syarak dalam menangani busana fesyen seharian.

Sebagai wanita sudah pasti amat teruja dengan pergerakan hangat buana fesyen yang sentiasa berubah selaras dengan tema, warna, musim, figura dan seumpamanya.

Sebahagian idea bicara ini dipetik dari artikel blog Jejak Serikandi sebagai perkongsian bersama untuk mencari kebenaran tentang perkara yang hak dan perkara yang batil. Sama-sama kita hayati dan saling memberi pendapat serta betul-membetulkan dilaman http//:mindaMaimun.blogspot.com. Dengan itu tuan hamba sekalian dipersilakan.

Besar kesedaran dikalangan wanita muslimah untuk menutup keindahan aurat dan figura yang Allah cipta kurniakan kepada wanita. Hanya konsep busana menurut syarak yang kurang difahami, tidak dituruti dan tidak dipraktiskan secara total - Sekadar pendapat dari lensa mata hati saya.

Termaktub dalam peraturan Islam bahawa konsep busana wanita yang mengikut syarak adalah busana longgar dengan warna yang pastel (tidak meriah berwarna warni) serta menutup seluruh figura dari kepala hingga ke kaki.

Wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan figura dikhalayak umum. Mereka masih boleh tampil bersosial dikhalayak masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Sejak kebelakangan ini, busana menurut Islam telah tersasar dari hukum syarak. Fesyen busana menurut Islam dipesongkan dengan berbagai perkembangan fesyen yang mampu menarik perhatian kaum Adam terhadap busana yang dilabelkan busana muslimah. Islam tidak menghalang kaum Hawa berfesyen tetapi wajib mematuhi garisan yang telah ditetapkan Islam. Sebagaimana yang dinyatakan : "sesungguhnya Allah suka kepada perkara yang cantik dan kemas".

Ada dikalangan wanita Islam hanya meletakkan auratnya kepada kepala dan rambut sahaja. Sebagai contoh : kepala dan rambut disaluti tudung tetapi lengannya terbuka, figuranya jelas terbentuk disebalik busana sendat atau belahan kain ketatnya hingga mempamerkan kegebuan betis dan paha. Tudung pula berwarna terang kilat berkilau sehingga menarik perhatian pandangan orang lain.

Bagi wanita yang menjaga auratnya dengan berpakaian mengikut ketetapan Islam maka ia telah menjaga dirinya dari fitnah pandangan kaum Adam yang bukan mahram,. Bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya malah maruah kaum Hawa mukmin keseluruhannya.

Harga diri wanita terlalu mahal! Percayalah dengan kesempurnaan berbusana mampu menghindarkan diri dari perbuatan jahat, keji juga mungkar. Wanita perlu mengambil berat akan permasalahan ini kerana amat bimbang akan diri menjadi mangsa kepada kejahatan yang tidak diingini.

Berfesyenlah seperti yang dikehendaki oleh Islam. Usah gadaikan diri kelembah dosa dan noda disebabkan fesyen yang tidak mengikut syariat Islam. Jadilah wanita solehah dengan berbusana dan berakhlak mulia. Sesungguhnya kaum Hawa akan dipelihara Allah sepertimana serikandi Islam iaitu Saidatina A'isyah, Saidatina Khadijah, Maryam ibu Nabi Isa juga Rabiatul Adawiyah.



Wednesday, May 12, 2010

DURJANA LAKNAT

Amat susah untuk naluri melupakan kecalaran yang telah dilakukan. Hati sukar menolak torehan yang telah diukirkan. Jiwa sentiasa membara kala hamburan maki hamun melintas. Jiwa sentiasa kacau kala lontaran fitnah singgah menyapa. Perasaan kusut kala segalanya bertandang. Sesungguhnya teramat payah untuk hati, jiwa, perasaan melupakan, menjauhkan segala penghinaan, cacian, fitnah yang telah diberikan.

Mengapa kehadiran kau hanya untuk melukai jiwa, merobek hati, memporak-perandakan perasaan.

Kelicikan kau berjaya merobohkan kekuatan jiwa. Kau pendusta yang berjaya menghancurkan kemurniaan hati. Pengkhianatan kau berjaya memecahkan kedamaian perasaan.

Kau WANITA yang dilaknati. Semoga segala penghinaan, cacian, fitnah yang kau cipta untuk ku akan berbalik kepada mu.

Hidup ini masih panjang untuk diharungi. Semoga kau terima pembalasan atas pelaburan hitam kau.

Aku tidak sekali-kali mengalah dengan kau manusia durjana. Aku tetap kukuh pertahankan hak kepunyaan ku hingga akhir hayat.

S..... KAU BAGAI ANAK IKAN MAKAN HARUAN.